Powered By Blogger

Saturday 28 January 2012

game oh game



Kegilaan seorang pemuda, Chris Staniforth bermain permainan video Xbox hingga 12 jam sehari menyebabkan nyawanya melayang apabila saluran darahnya tersumbat.

Bedah siasat mendapati, Staniforth, 20, mengalami trombosis pembuluh darah (DVT). Penyakit tersebut menyebabkan pembentukan darah beku dalam salur darah manusia akibat duduk terlalu lama.

Darah beku itu yang terbentuk pada kaki, boleh membawa maut apabila ia bergerak bersama aliran darah dan menyumbat paru-paru manusia.

"Saya tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku. Anak saya tidak dapat dipisahkan dengan Xbox. Saya tidak pernah membayangkan dia berada dalam bahaya kerana hobinya itu," kata bapa pemuda berkenaan, David Staniforth.

Menurut David, anak lelakinya itu mengadu sakit dada dan sesak nafas sebelum rebah baru-baru ini.

Lelaki berkenaan memberitahu, anaknya tidak menghidap sebarang penyakit berbahaya atau komplikasi kesihatan sebelum ini.

#credit to malaysiasensasi.net

Friday 27 January 2012

hukum main kad terup


Sebarang permainan yang membabitkan pertaruhan wang ringgit dan wujud orang yang akan benar-benar rugi dan menang atas orang lain adalah judi dan hukumnya berdosa.
Jika tiada unsur yang disebutkan di atas, maka tiada kesalahan dengannya.
Permainan yang ada unsur kebaikan seperti menguji atau mengasah minda adalah dibolehkan sebaliknya jika terlalu asyik dengan permainan juga tidak digalakkan kerana ia membazir masa dan boleh melalaikan mereka yang terbabit.

#copright from JAIS

Thursday 26 January 2012

nasi lemak punca murid menjadi obesiti?

nasi lemak begitu sinonim dengan masyarakat malaysia..makanan tradisional yang telah berevolusi sejak zaman nenek moyang lagi..makanan ini juga enjadi slaah satu makanan ruji rakyat malaysia..namun,akhir-akhir ini,berita akan diharamkan penjualan nasi lemak di kantin-kantin sekolah semakin kedengaran..pihak tertentu telah menyalahkan nasi lemak dalam punca meningkatnya obesiti di kalangan murid sekolah...namun saya tidak berapa menyokong cadangan ini kerana jika kita lihat kembali pada zaman dahulu,.tidak ada lagi orang yang mati kerana makan nasi lemak berlebihan atau menjadi obes..antara faktor yang menyumbang akan peningkatan obes dikalangan murid sekolah adalah makanan segera seperti,KFC,MCDONALD,PIZZA HUT ,dan sebagainya lagi...kadar kalori dan lemak dalam makanan ini jauh lebih tinggi daripada kadar yang terdapat dalam nasi lemak...sepatutnya industri penjualan nasi lemak ini terus digiatkan untuk menaikkan nama malaysia di mata dunia,..tapi hal industri pemakanan ini seperti ingin"dibunuh"oleh rakyat kita sendiri semntara mengagungkan makanan luar seperti KFC dan lain-lain lagi...ingin saya tegaskan nasi lemak bukanlah punca masalah obes di kalangan murid kian menular...

solat jumaat

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.



2. Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?

  

Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:

Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam.

Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut mencukupi.



3.         Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?
  

Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.

freemason (part 2)


Kultus kuno

Terdapat pelbagai legenda dan teori mengenai asal-usul kewujudan Freemason. Ada yang mengaitkannya dengan kultus Iris-Osiris pada zaman Mesir kuno. Ada pula yang mengatakan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-2 SM oleh ahli kitab atau pendeta Yahudi daripada mazhab Essene.
Sesetengah ilmuan Freemason berpendapat bahawa bahawa Freemason menjejak akar umbi mereka kepada pembinaan Haikal Sulaiman (King Solomon’s Temple) di Jerusalem pada967 S.M. Asas cerita itu tertumpu kepada seseorang yang bernama Hiram Abiff yang mendakwa mengetahui rahsia Haikal Sulaiman. [4] [5]


Freemason juga dikaitkan dengan ahli Kesatria Templar (Knight's Templar). Mengikut legenda, pada abad ke-11, Kesatria Templar telah menjumpai harta karun di tinggalan bangunan Haikal Sulaiman (berpandukan sesetengah pendapat; terletaknya di sebuah bilik rahsia di bawah Masjidil Aqsa). Ini menyebabkan kebanyakan mereka menjadi tersangat kaya sehinggalah harta itu dirampas oleh Raja Perancis Philip IV. Kesatria Templar dipenjarakan tetapi ada yang melarikan diri. Pergerakan ini menjadi sulit dan muncul kembali pada abad ke-17 di bawah nama Freemason.
Albert Pike (1872) pula dalam bukunya Morals and Dogma of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Massonry, berpendapat bahawa pada kurun ke-11, Kesatria Templar telah berpakat bersama Ketua Gereja di Constantinople. Pada masa itu Ketua Gereja Constantinople (daripada Gereja Ortodoks Timur) bersaing dengan Gereja Katolik Rom. Ahli Kesatria Templar bersumpah setia untuk melindungi umat Kristian yang melawat tempat suci; manakala matlamat rahsia mereka adalah untuk membina semula Haikal Sulaiman. Binaan ini akan menjadi tempat paling suci untuk orang Kristian dan akan dapat menandingi kediaman suci Gereja Katolik di Roma. Ahli Templar berselindung di bawah nama Brethren-Masons. Nama ini Frères Maçons dalam bahasa Perancis dieja menjadi Free-Masons dalam bahasa Inggeris. [6]

PERSAUDARAAN TUKANG BATU

Penjelasan yang lebih berasas mengenai gerakan Freemason ialah ia berkembang daripada persatuan pemahat dan tukang batu (dalam bahasa Inggeris, pemahat atau tukang batu dipanggil mason atau stone mason) pada Zaman Pertengahan di Eropah. Pada masa itu, mereka diambil untuk bekerja oleh raja dan pihak gereja. Terdapat dua jenis tukang batu. Satu ialah tukang batu yang memahat batu-batu biasa yang dinamakan rough masonFreestone mason pula adalah tukang batu yang memahat batu-batu yang lebih terperinci dan dengan kesenian. Mereka ini adalah golongan bebas (free) dan bukan hamba kepada mana-mana tuan yang kaya. Nama "Freestone mason" kemudian disingkatkan menjadi Freemason. Oleh sebab keistimewaan dan kebolehan mereka, golongan ini menubuhkan kelab atau persatuan sendiri untuk membincangkan pertukangan, kesenian dan kadar upah mereka. Salam tangan rahsia, kata-kata rahsia dan tanda-tanda lain direka untuk membezakan mereka dengan tukang batu yang lain.

SEJARAH

Terdapat beberapa bukti Freemason mula tersebar di benua Eropah seawal akhir kurun ke-16 Masehi. Salah satu bukti bertulis awal yang menunjukkan cabang Freemason telah ada di England pada tahun 1641 ialah rekod inisiasi Robert Moray, salah seorang keluarga raja. Moray menjadi anggota Freemason di Edinburgh pada 20 Mei 1641.[7] Selain itu, Elias Ashmole, yang juga berdarah keluarga Raja England, menulis dalam buku diarinya bahawa dia telah menjadi anggota Freemason di Lancashire, pada 16 Oktober 1646.[8]
Peristiwa penting dalam perkembangan Freemason adalah pada 24 Jun 1717 dengan terdirinya Loji Besar England (Grand Lodge of England). Dengan terdirinya pusat bagi persatuan itu di England, Freemason kini menjadi organisasi nasional yang tidak lagi bergerak secara rahsia. Loji Besar England merupakan gabungan daripada empat cabang Freemason dan mereka mempercayai falsafah yang sama iaitu "Agama yang mana semua manusia bersetuju... adalah menjadi Manusia yang Baik dan Benar" (Religion is which all men agree… that is, to be Good Men and True).
Dengan terbentuknya Loji Besar England, gerakan Freemason semakin merebak sehingga berkembang melintasi benua Eropah sehingga ke benua Amerika.

ETIKA FREEMASON

Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

PERSAUDARAAN

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.


Menderma dan beramal kebajikan

Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.


Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik.[9]


Struktur organisasi

Loji Besar (Grand Lodge) adalah badan bebas dan berdaulat yang mentadbir Freemason di sesebuah negara, negeri atau kawasan. Tiada satu badan teratas yang mengawal Freemason di peringkat global. Perhubungan antara loji-loji yang berlainan bergantung kepada kehendak atau pengiktirafan bersama.
Loji merupakan unit asas Freemason. Setiap loji baru mesti mempunyai waran atau piagam yang diberi oleh Loji Besar yang membenarkannya untuk membuat perjumpaan dan beroperasi. Loji mesti mengadakan perjumpaan pada tempat yang tetap dan tarikh yang telah ditentukan. Ia akan memilih, menerima ahli baru dan mempromosikan ahli dan pegawainya. Ia juga akan membina dan mengurus aset dan hartanahnya termasuk rekod perjumpaan. Seperti organisasi lain, ia mempunyai perjumpaan rasmi, perjumpaan tahunan, dana amal, surat menyurat dan laporan, yuran keahlian, akaun, acara istimewa dan pelbagai lagi. Setiap loji mempunyai tradisi unik tersendiri

Prinsip dan aktiviti utama

Freemason seringkali dipanggil sebagai "persatuan rahsia". Bagaimanapun bagi ahli Freemason, persatuan mereka lebih tepat sebagai persatuan yang hanya boleh difahami oleh orang tertentu kerana sesetengah aspeknya adalah sulit. Pada kurun ke-21, persatuan ini menjadi tidak lagi rahsia (lebih terbuka) dan lebih kepada "persatuan yang mempunyai rahsia". Aspek sulit dalam persatuan moden ini adalah pengiktirafan sesama ahli dan sesetengah elemen ritual. Walaupun ia sebuah organisasi yang pelbagai, kerja amal masyarakat dan memelihara persaudaraan sesama ahli masih menjadi perkara pokok.

Gerakan Freemason

Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William HoperBenjamin FranklinMatthew ThorntonWilliam WhippleJohn HancockPhillip Livinston danThomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.[10]
Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.[11]

FREEMASON DI IRAQ

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepas Perang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuah republik di bawah Jeneral Qasim. Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York)

Freemason di Malaysia


DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong KongChina dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji
  • Melaka: 1 LODGE

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhanMasjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke SyriaIraqJordanMesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikanpolitikbudaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di MesirMaghribiLubnan,Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]


Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.[22]

freemason(PART 1)

freemason..apakah itu?kumpulan bola sepak ke?tidak,freemason merupakan sebuah pertubuhan misteri yang telah bertapak di malaysia sejak kedatangan british lagi..lodge=lodge dibina seperti di ipoh dan sebagainya..sejarahnya bermula apabila kumpulan mengutip batu bersama dan mereka telah bersatu di bawah nama freemason..mereka juga mempunyai cara /simbol rahsia untuk saling mengenali satu sama lain..mereka begitu taksub dengan kuil nabi solomon@sulaiman..mereka menganggap bahawa kuil solomon akan di jumpai juga...mereka ini  merupakan kumpulan yang dipimpin oleh orang atasan dgn pangkat 33....kire pangkat 33 nie tinggi abis la...antara tokoh politik yang terlibat adalah george washington,karl max(pengasas komunis)dan lain-lain lagi....mereka juga mempunyai acara rahsia yang dijalankan untuk menerima ahli baru...episod akan menceritakan lebih lagi tentang pertubuhan ini....

masalah sosial berpunca dari ibu bapa?


Kuala Lumpur, 20 Mei – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata hampir 80 peratus faktor yang menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.
Justeru pihaknya berharap agar ibu bapa tidak memanjakan anak-anak mereka secara keterlaluan sehingga mampu menjelaskan masa depan mereka.
“Faktor ibu bapa adalah penyumbang besar masalah sosial di kalangan remaja manaka selebihnya adalah disebabkan faktor persekitaran.
“Kita bukan tidak boleh memanjakan mereka tetapi mestilah ada batasannya. Ini kerana kesilapan ibu bapa hari ini berpunca daripada sikap terlalu memanjakan mereka”, katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari Ibu anjuran Puteri UMNO Malaysia di sini, Rabu malam.
Kemewahan kata beliau lagi bukan segala-galanya dalam mendidik anak-anak tetapi apa yang penting adalah kesederhanaan dalam apa jua keadaan.
Pada masa yang sama jelas beliau kebanyakan ibu bapa juga terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa menerapkan nilai agama dalam mendidik anak-anak.
Katanya menjadi ibu merupakan pengalaman yang amat berharga namun pada masa ini peranan tersebut amat mencabar untuk menjaga, membesar dan memberi anak-anak pendidikan yang terbaik.
“Oleh itu, sekiranya kita tersilap dalam mendidik dan memberi asuhan kepada mereka ia pasti memberi kesan buruk apatah lagi dengan terdapatnya pelbagai anasir kurang sihat di sekeliling kita”, ujarnya.

#renung-renungkan

siapa hitler?

okay...hitler name yg kte slalu dgr klu kite tgk cite perang an..ok skang aq na cite spe hitler 2 sbnrnye...hitler mrupkn tokoh pemidato yg hebat ucapannya berapi2 mcm na trkluar api..mrupkn slah seorang watak utama perang dunia yg diterajui oleh plakon utama presiden usa ROSSEVELT,perdana menteri itali MUSSOLINI,and ketua jerman HITLER....HITLER nie memimpin gerakan parti sosialis yg lebih dikenali sebagai NAZI yg ckop rasict terhadap puak yahudi...psl 2 la amerika attack jerman mcm dlm cite combat 2...ok.,,asal aq gnekn 3 orang nie sbagai PELAKON/WATAK UTAMA?psl diorang nie sbnrnye di dalangi oleh freemason..Bab freemason 2 nnti aq cite len...na djadikn cite..si hitler nie brjye menambat hati owg jerman utk benci yahudi...dan terjadilah peristiwa "drama" holocaust..asal aq ckp "drama" holocaust???sbb holocaust 2 sbnrnye x brlku pon..cite 2 dijdikn model puak yahudi utk mintak simpati dunia klu x tidak tertubuhlah negara israel di atas tanah palestin paham??1945 mrupk tahun kejatuhan die...die suicide bak kte omputih dkt kubu bwh tnh die dgn menembak diri die sendiri..tpi sblom die tembak diri die ..die menatap gambar wajah ibu die dan brkte 'SYE SYG IBU" sblom menembak diri sendiri.....bab freemason 2 aq cite laen episod...