Powered By Blogger

Thursday 26 January 2012

masalah sosial berpunca dari ibu bapa?


Kuala Lumpur, 20 Mei – Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata hampir 80 peratus faktor yang menyumbang kepada masalah sosial di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa sendiri.
Justeru pihaknya berharap agar ibu bapa tidak memanjakan anak-anak mereka secara keterlaluan sehingga mampu menjelaskan masa depan mereka.
“Faktor ibu bapa adalah penyumbang besar masalah sosial di kalangan remaja manaka selebihnya adalah disebabkan faktor persekitaran.
“Kita bukan tidak boleh memanjakan mereka tetapi mestilah ada batasannya. Ini kerana kesilapan ibu bapa hari ini berpunca daripada sikap terlalu memanjakan mereka”, katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam sempena Sambutan Hari Ibu anjuran Puteri UMNO Malaysia di sini, Rabu malam.
Kemewahan kata beliau lagi bukan segala-galanya dalam mendidik anak-anak tetapi apa yang penting adalah kesederhanaan dalam apa jua keadaan.
Pada masa yang sama jelas beliau kebanyakan ibu bapa juga terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa menerapkan nilai agama dalam mendidik anak-anak.
Katanya menjadi ibu merupakan pengalaman yang amat berharga namun pada masa ini peranan tersebut amat mencabar untuk menjaga, membesar dan memberi anak-anak pendidikan yang terbaik.
“Oleh itu, sekiranya kita tersilap dalam mendidik dan memberi asuhan kepada mereka ia pasti memberi kesan buruk apatah lagi dengan terdapatnya pelbagai anasir kurang sihat di sekeliling kita”, ujarnya.

#renung-renungkan

2 comments:

  1. salah dua2 kot bro,mak bapak tak didik anak dengan betul time diorang kecik2,anak pulak tak reti berfikir guna akal yang dikurniakan dengan betul.blog baru ke?

    ReplyDelete
  2. hehe..yerp...sbnrnye lme da..aq x aktif cgt sje2 buat...urm yg pasal anak2 2..aq ase mak bpk memainkan peranan penting...sbb contoh yg dibrikn mak bpk anak akan follow...anak ibarat kain putih klu kte boh lukis batik jdi lukis batik kt kain tu...mak bpk sebok pon punca jugak...trimas komen

    ReplyDelete